slide show ...


Saturday, August 16, 2008

Xtra Xtvities...

,,,,,,,Ni gambag terbaru masa Open Day AMD.

,,,,"D Jammers"..band orang tua tua...budak2 dok tepi. :)

,,,aku tengah nyanyi lagu apa mntah..


,,,uihhh...tarikk bro tarikk... hehehehe...



,,,ni lagu alleycats...kut.. aaaaa....aaaaa...aaaa....jika kau bercinta lagi...aaaaa...
,,,,banyak gak lagu kami main..tp lagu lama2 la ..


Jammin"

" .Rock Shock @ Rock SyioKkkkk.... !.... ErggHhh... !
,,,,write up kali ni tak ada yg xtreme...cuma nak kongsi minat kalu ada blogger yg kaki jamming gak len kali bila kita pi kayuh ker offroad ker outdoor ke bulih bawak gitar pi sekali wargh.. wargh wargh.. :)

Baru2 ni member2 kat opis aku dok "racun" ajak jamming sebab kat AMD dah ada mini studio yg baru set up,,,mula2 aku tak berapa nak layan,tp sebab aku dah tinggai benda ni lebih dari 15 tahun...( dah pencen & zaman kegemilangan aku dah abih untuk benda nih ,pasai dah tua beb ! )
,,,,wehh... ada gaya ka?????

Atas desakan dan "keracunan" otak ,,,aku pun malu alah pi la jugak...lagipun kami nyer MD cakap kami nk kena perform pada 23hb.Ogos.2008 sempena Open Day AMD...aku rasa tak berapa yakin.... tp bila dh 2/3 sessi kami baru ada sikit persefahaman..nk main band ni susah sket kalu tak "satu kepala" sebab tu ramai band2 yg tak bleh bertahan lama sebab semua nk jadi ketua...hehehe..ada la lebih kurang 20 lagu kami prektis untuk 2 sessi pagi dgn petang pada Open Day nanti.
,,,Firdaus & Aku a.k.a Steve Vai wakakakaa.....

Kalu hg pa nak tau...benda ni "meralitkan" ( dalam kamus dewan melalaikan ) bila dah start mcm tak mau nk berenti bukan macam kayuh beskal...bila penat bulih brenti relek ,isap rokok..yg ni lagi lama lagi ada umpphhhh...kacauuuu....kacauuu.... !

Bila dah lama tak main aku terpaksa mengeluarkan "jurus jurus" yang dah lama aku tinggalkan antaranya jurus "Soldier of Fortune" , Tample of The King & lagu2 lama yg lain ,zaman aku anak teruna dulu....lagu2 ni adalah lagu kenangan & nostalgia ,aku masa aku baru belajag main gitar & lagu ni la buat aku kenai apa itu "rock & roll"..hehehe..lawak lawak..dulu masa muda2 time aku study tahun 1986,aku dgn member2 mmg suka pi jamming kat "Pertama Komplek" KL ,masa tu Search...Wings & Lefthanded tengah meletop ! jadi kami pun pakai seluag jeans yg kaki kecik fit warghhhhhhhhh...kalu aku ingat balik aku bulih tergelak sengsorang baju plak pakai t shirt gambag matahari "LOUDNESS" kerat bagi tak dak tangan. Tapi sayang....masa tu tarak digital camera untuk aku abadikan kenangan ...seluag tu kalu nak pakai kena boh beg plastik kat kaki dulu baru bulih masuk ,,,kalu nak pi jamban melepas memangggggg susah... :) Spek itam mesti dari "RayBan" kat tangan ikat "key" gelang besi kat tangan sebelah yg nak petik gitar, pasai nak bagi nampak Rock...kasut mesti Adidas ,Diadora,Nike yg Boot punya...pendek2 tak main geli..hahahaha.. gempak siottt... !

,,,Willy IT ,"Drummer" budak Philipine.


,,Zaini IT Dept & Firdaus Purchasing.

Rozahan Lead Guitar........kalu compare ngan Hillary...dia jauh lebih gabra hehehe...


,,,Mael...Bassis ... cool...
Oklah...nanti lepas 23hb. aku add write up nih dengan video sekali ...sebab aku nak tangok result dia bila kami main ataih stage , bulih la nak tengok sapa yg nak ketag lutut & berpeluh...perghhh best best... !


1 comment:

Anonymous said...

ALLAH YANG ESA dan MAHA MULIA lagi MAHA TINGGI dan MAHA BESAR.
DIA-lah YANG ESA; DIA-lah YANG DITUJU; DIA TIDAK BERANAK dan TIDAK DIPERANAKKAN. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.
Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.

Aku bersyahadah: "ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH."
Aku berbai'ah: "WA ASYHADU ANNA 'ALIYYAN WALI WA WASI AL-RASUL WA KHALIFATA BIL-HAQ."

wa alhamdulillahir Rabbil 'alamin; inna lillahi wa inna lillahi raji'un; wala hawla wala quwwata illa billah
Salam hanya kepada para mukmin yang takwa dan mukminat yang takwa.
SALAMUN'ALAIKA. salam dari-NYA; salam hak-NYA; salam dikembalikan pada-NYA.

PERKARA ANTARA DUA PERKARA
Disebut di sisi Imam al-Ridha (a.s) tentang al-Jabr dan al-Tafwidh. Maka, beliau berkata: "Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini. Kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya."
Kami bertanya: "Apakah pendapat anda mengenainya?"
Beliau berkata: "Sesungguhnya, ALLAH tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-NYA di dalam kerajaan-NYA, DIA-lah Pemilik manakala DIA memberi mereka hak milik. Dan DIA-lah Penguasa manakala DIA memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-NYA mahu melakukan ketaatan, maka ALLAH tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiat dan jika ALLAH mahu menghalang mereka, maka DIA boleh melakukannya, dan jika DIA tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka DIA bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya."
Kemudian beliau berkata: "Sesiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya."


CATATAN AL-GHAZALIE
Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.?

Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.?

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.?

Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.?

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.?

Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.?

Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.?

Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.?

Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.?

Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.?

Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.?

Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.?


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar
bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


CATATAN AS-SYAFIEE
?Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

?Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

?Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang Takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

?Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

?Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

?Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

?Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

?Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

?Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

?Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

?Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yangengkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

"Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang tolol] kerana ia berniat untuk memberi manfaat kepada anda tetapi ia akan [merugikan anda]; Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang kikir] kerana ia [melarikan diri] dari anda ketika anda paling memerlukannya; Anda harus mengelak bersahabat dengan [orang pendosa] kerana ia akan menjual anda dengan [cuma-cuma]; Dan anda harus mengelak diri bersahabat dengan [pembohong] kerana ia adalah seperti [bayangan khayali] membuat anda merasakan barang yang jauh seperti dekat dan barang yang dekat seperti jauh."

Barangsiapa menuntut pertanggungjawab dirinya sendiri, akan beruntung; Barangsiapa mengabaikannya, akan menderita; Barangsiapa merasa bimbang, maka ia akan aman; Barangsiapa mengambil pelajaran (dari keadaan sekitarnya), akan beroleh cahaya; Barangsiapa beroleh cahaya, maka ia beroleh pengertian; dan Barangsiapa beroleh pengertian, maka ia beroleh pengetahuan.?

allahumma shalli 'ala muhammad wa 'ali muhammad
allahumma shalli 'ala muhammad wa 'ali muhammad
allahumma shalli 'ala muhammad wa ahlil baitihin
inna lillahi wa inna lillahi raji'un

WA 'ALAIKA WA 'ALAIHI AL-SALAM
FATAMORGANA @ tokL4K1
http://puncak-kefasihan.blogspot.com