slide show ...


Wednesday, December 26, 2007

My "Playground" ...Dulu & Sekarang ....


,,,salah satu lokasi diSedim,,,,tengok ayag dia brapa punya jernih,,



,,jalan masuk yg dalam pembinaan....


Aku mengikuti arus perkembangan Kg.Sedim dari dahulu hinggalah sekarang... masa aku mula2 berjinak2 dgn Outdoor xtvt, Sedim adalah tempat aku bermula,,,baik dari segi 4x4 ataupun rope xcess seperti abseiling,flying fox,white water rafting, tubing dsbnya. Ternyata Sedim mempunyai segalanya...tapi arus pembangunan dan projek2 mega & tempat riadah telah mengubah Sedim menjadi tempat yg mengejar status pembangunan Eco pelancungan tanpa menghiraukan aspek alam semulajadi. Sepatutnya kita perlu menjaga tempat ini dari dibangunkan begini untuk memelihara keaslian dan suasana yg tenang & nyaman,walaupun pembangunan tempat ini dikira perlu untuk menarik pelancung tapi konsep yg diterapkan tu salah... Bermula dari trek simen untuk jungle trekking sehinggalah projek "canopywalk" ... yg aku kira menghancurkan suasana dan keaslian Sedim, kalu dah banyak sangat projek ayag pun jadi "keruh" ,,itu jam kita pi tauk tawas selori pun tak jadi apa dah.... Aku ingat tak lama lagi nak masuk kesini pun kena bayag duit " TOLL" ( jadi mcm Bukit Ayag di Perlis )...... kalu semua ni masuk ke"poket" anak tempatan @ orang2 kampong Sedim aku sokong 100% ,tapi kalu sebaliknya...???siapa yg mengaut keuntungan??.... sedih aku tengok ada tanah2 yg terjual kepada orang luar, last sekali orang kampong "habuk pun tarak".... kepada sesiapa yg terbaca blog nih...maksud aku orang2 Sedim....ingat la kat anak cucu kita.... kalu kita tak jaga la ni,,,depa esok ,,,tarak apa laa,,,, sedihh....sedihh...renung2kan lah bersama..............................

1 comment:

Sukahatiadam said...

ini lah yg aku dok rasa selama ni. la ni dah terbukti aku naik ke hulu tu pun kena tol..celaka..aku anak tempatan..yg membesar minum ayaq sungai tu .. hampeh..segalanya dah berubah..aku kesal juga lah.bape kerat org kg yg dapat faedah dari pembangunan tempat tu..alangkah baiknya tempat tu dibiarkan tak terusik macam dulu..sedih..kemajuan selalu sahaja disalah ertikan oleh tangan2 dari langit